Cabaran mencapai perpaduan kaum

Cabaran perpaduan kaum

Parti Politik yang berasaskan perkauman

Terdapat beberapa parti-parti politik utama di negara kita adalah berasaskan kaum seperti UMNO,MCA,MIC berwakili kaum Melayu,Cina dan India masing-masing. Parti berasaskan kaum akan menyukarkan perpaduan kaum dicapai di atas sebab parti politik berasaskan kaum akan memilih strategik dan dasar yang berfaedah kepada kaum tertentu untuk mendapat sokongan daripada kaum masing-masing. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara kita.

Media Sosial

Media Sosial juga antara cabaran dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum negara kita. Media Sosial telah menjadi platform utama untuk mendapat maklumat terbaru dalam kalangan masyarakat, seperti Facebook, Whatsapp dan TikTok. Kebanyakkan orang mudah mempercayai berita yang dapat daripada media sosial dan terdapat banyak berita fitnah dan menyentuh sensitiviti perkauman akan menyebabkan tentangan antara kaum berlaku. Sebagai contoh, terdapat seorang warganet berkongsi tuturan seperti ini "BAM kutip india(keling) dlm estat mana la jd pmain utama MALAYSIA" di Facebook telah menyentuh hati kaum india dan kata-kata seperti ini akan menyebabkan pententangan kaum. Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.

Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum

Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara kita. Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan.

Sektor ekonomi yang berbeza

Perkerjaan dalam bidang ekonomi yang berbeza antara kaum juga menyukarkan perpaduan kaum dicapai. Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu . Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Pada masa kini, masalah ini masih kekal walaupun kebanyakkan orang telah bekerjaan di bandar tetapi sebahagian syarikat memilih pekerja berasaskan kaum.

Rujukan

Abim KECAM Komen Perkauman Ke Atas S. Kisona, Pemain Badminton malaysia. ABIM. (2021, October 5). Retrieved January 26, 2022, from https://www.abim.org.my/abim-kecam-komen-perkauman-ke-atas-s-kisona-pemain-badminton-malaysia/